NEWBIES! :)

ASSALAMUALAIKUM

Thursday, 21 May 2020

Berpantang Selepas Bersalin

Sekali lagi saya nak berkongsi tentang mitos-mitos yang sering saya jumpa bila saya melihat bayi baru lahir di klinik saya. Saya ni memang jenis pantang duduk diam dalam bilik saya. Selalu saya terjah ke bilik di mana jururawat-jururawat saya melakukan pemeriksaan antenatal dan postnatal. 

Mesti ada saja yang saya tegur. Saya kenal semua mak yang berada dalam jagaan saya. Kalau mereka dah selamat bersalin, Allah saja yang tahu bagaimana leganya saya. Bersyukur sangat. Dan melihat mereka mendukung bayi comel berjumpa saya, adalah satu kepuasan yang tak tergambar dengan perkataan. Nilah rupa bayi yang selama ni saya hanya lihat melalui ultrasound.  

Bila dah menjengah untuk melihat mak-mak dan bayi mereka, mulalah saya belek sana sini. Saya nampak bayi pakai barut. Hmmm. 

Kenapa bayi ni pakai barut? Tak salah pun pakai barut. Tak dosa. Tapi saya nak mak dan ayah tahu kenapa. Kita kalau nak buat apa sekali pun mestilah punya sebab. Bukan buat hanya sebab orang dulu cakap. Tu tak bagus, sebab tu sebenarnya seakan kita tak punya fikiran kritis. 

Zaman dulu pakai barut sebab bayi masa tu tak ada baju. Barut senang nak dibuat sebagai ganti baju. Sekarang ni, baju bayi siap ada ikut jantina lagi. Dari yang tak berjenama sehinggalah yang designer pun ada. 

Pakai barut sebab takut angin masuk? Itu sangat salah. Kita bukan 🐸 bernafas ikut kulit. Hanya ada 2 cara bayi tertelan udara:
1. Teknik penyusuan yang tak betul. Lagi ketara kalau bayi menyusu dengan botol.
2. Dia menangis lama dan kuat. 
Mitos angin masuk kot kulit tu tak betul. Anak kita kembung atas sebab yang saya sebutkan tadi. Bukan sebab tak pakai barut atau stokin. 

Pakaikan bayi baju yang bersesuaian dengan cuaca. Kalau tengah musim panas, tak payah lah sampai pakai kain sampai 3 lapis. Berpada-padalah. Ni sampai berpeluh bayi tu. Dah naik ruam la pula. 

Ada yang kata, tak berbedung, nanti bayi bila dah jalan, nanti kengkang. Tak betul tu ya. Bedung bayi tu kita buat pada bayi baru lahir sebab kita nak bagi dia selesa tanpa ada startle reflex. Macam terkejut-kejut gitu. Startle reflex ni akan hilang bila bayi dalam umur 3 bulan. 

Dengan bedung yang firm tapi tak ketat, bayi boleh tidur dengan lebih lena dan lebih panjang. Bedung mesti benarkan sendi di paha bayi untuk bend dan kedua lututnya juga boleh membengkok ke luar. 

Kalau bayi nampak rimas, tak payah bedung lah. Lagi satu, kalau cuaca panas, pakaikan baju nipis saja sebelum bedung bayi. Kain bedung tak perlu tebal pun. Kain lampin pun dah cukup.

Saya selalu pesan kat mak, sarung tangan untuk bayi tu tak perlu. Pastikan kuku jari bayi pendek untuk mengelakkan dia tercalarkan muka dia sendiri. 

Mittens tu tak bagus sebab ia menghalang bayi dari dia self-soothing. Sedangkan dalam rahim, dia sentiasa menggunakan jari dia, macam menghisap jari. Dan bayi perlu menggunakan jari dia untuk sense of touch. Kalau kita tutup, kita dah halang bayi tu dari developing deria sentuh. Tak ke seronok mak bila bayi tu pegang jari mak? Maka, kenapa nak sorok jari jemari yang sungguhlah comel tu.

Bayi tak boleh tidur dalam aircond? Sebab masuk angin. Tu pun tak betul. Mitos ni wujud agaknya nak elakkan bil elektrik mahal kot. 

Tak boleh pakai baju kuning nanti kuningnya makin teruk. Tu sangat lah mitosnya. Tak kena mengena langsung. Untuk periksa paras kuning secara klinikal, doktor atau misi buka baju dan seluar bayi. 

Ada yang kata sesetengah rempah seperti halia, lada hitam bagai sebab nanti bayi jadi lebih kuning. Kenapa la pula begitu. Tu kan mitos. Setakat bagi penyedap rasa dalam makanan, tak ada masalah. 

Saya sentiasa pesan pada mak dalam pantang untuk ambil makanan berkhasiat dan bernutrisi. Selagi mak tu tak ada alahan pada makanan tertentu, makan saja dengan pelbagai jenis dan variasi. Ajaran sesat seperti sayur dan buah sejuk tak boleh makan sebab nanti bentan, tu mitos. Ni siap mitos yang sayur buah jenis pokoknya menjalar, tak boleh makan, alahai. Sayur dan buah ni kaya segala vitamin, mineral dan unsur surih. Yang paling penting, sayur buah ada serat. Makan macam tu saja buah tu, tak payah jadikan jus, nanti hilang serat larut air. 

Atau ayam, sesetengah ikan atau telur tak boleh makan, sebab nanti luka episiotomy atau Caesarean tu bernanah. Sekali lagi, kalau tak ada alahan sebelum ni, makanlah. Tu kan sumber protein, penting untuk pemulihan dan pembinaan tisu badan. Luka tu bernanah bila mendapat jangkitan kuman sebab penjagaan luka yang tak betul. Luka tu tak boleh diletak segala daun atau apa juga produk yang dibeli selain atas nasihat doktor.

Bila pesakit sebut bentan, saya mesti tanya balik, apa maksud bentan yang mak cakap tu. Sebab bentan tak wujud dalam perubatan. Pemahaman masyarakat Melayu zaman dulu tentang bentan mesti diselidiki dan dijelas dengan ilmu sains. Mana boleh main pukul rata sebab tak berpantang lah bagai. 

Bila mak komplen dia menggigil dalam pantang, bukannya sebab salah makan makanan sejuk ke apa. Tu mitos. Yang sebetulnya, ⅓ dari mak yang dalam pantang, yang darah tak sama dengan bayi, dapat menggigil sebab ada reaksi akibat darah bayi termasuk dalam sistem darah mak masa proses bersalin. Kalau darah mak dan bayi sama, jarang sangat mak tu dapat reaksi macam tu. 

Masakan dengan cara rebus, sup, reneh, panggang, bakar tu sepatutnya diamalkan sepanjang hayat. Bukan setakat 42 hari. Tu kan pemakanan yang sihat. Saya selalu bagitahu mak-mak, jangan lah menipu diri sendiri bila dah habis pantang, dah macam balas dendam.

Mak-mak ni kalau berurut dan bertungku untuk apa. Saya mesti sibuk nak tanya. Bukan sebab tak nak bagi. Silakan kalau mampu, sebab upah berurut dan bertungku ni mahal. Tapi kena tahu untuk apa. Mitos sangat kalau berurut dan bertungku untuk sengkak, supaya rahim tak jatuh atau kecut bagai. Yang sebenarnya, semua tu hanya untuk merehatkan badan. Kan masa lepas bersalin, mak diberi suntikan syntocinon atau syntometrin untuk kecutkan rahim. Tanpa perlu buat apa pun, rahim kecut sendirinya dalam masa 6 minggu selepas bersalin. Tak perlu ditolak atau ditarik pun rahim tu sebab ia tak pernah bergerak pergi ke mana pun. Lokasinya tetap di pelvis. Nak elakkan tombong, mak mesti belajar senaman Kegel. 

Saya bagitahu mak penting minum air dalam 2L tu, sebab nak pastikan mak tak dehidrasi. Susu badan kan komposisi yang paling tinggi ialah air. Mitos dok catu air tu dah tak boleh pakai sebab zaman sekarang buka paip saja, air dah keluar. Tak payah angkat dari perigi. Tak minum air, mak kena hadap sembelit. Menangis ok. Dahlah ada luka episiotomy. Minum air kembang urat, urat apa pun tak tahu, dan becak kat faraj tu mitos sangat.

Air sejuk atau ada ais ni benda haram dalam pantang orang Melayu. Mak kena faham dan hadam fakta yang air sejuk tu lebih mudah diminum sebab sedap. Air sejuk masuk saja tekak, tak lama terus jadi suhu badan. Kasihan ais kena fitnah dari zaman dulu sampai sekarang. 

Jamu, maajun dan segala air berempah tu termasuklah air kunyit bagai tu tak pun ada fungsi. Silap hari mudarat, menyesal tak sudah. Tak payah dok nak beli sebarang set bersalin la. Tak kiralah berdaftar ke tak dengan KKM. Benda tak payah, kenapa nak membazir. 

Kalau saya nampak mak berbengkung, saya mesti tanya, kenapa. Mak kena tahu yang ianya bukan untuk kempiskan abdomen yang menggelebeh tu. Bengkung tu gunanya sebenarnya sebagai sokongan saja pada abdomen tu. Dengan sukatan makanan yang betul, tanpa berlebih-lebih nafsunya, perlahan-lahan mak boleh mendapat bentuk badan asal dalam masa 6-12 bulan lepas bersalin. 

Mak kena tahu yang pakai stokin tu bukan perkara wajib pun. Tak perlu pun nak kena duduk salam bilik macam sauna. Kasihan mak berpeluh sebaldi. Tak pakai stokin nanti masuk angin ikut kaki tu juga mitos. Tak mungkin langsung sebab kulit kita tak ada lubang. 

Saya bagitahu mak yang pakailah baju yang sesuai dengan cuaca, silakan mandi dan basuh rambut tu, dan tak apa pun duduk dalam bilik yang suhunya selesa. Nak mandi waktu bila ikut suka lah. Nak mandi air panas ke sejuk ke, terpulang lah pada mak. Yang penting, kena jaga kebersihan diri dan janganlah nampak selekeh sangat. 

Terlalu banyak mitos dalam budaya Melayu yang sekarang dah tak relevan. Zaman dulu takkan sama dengan sekarang. Kalaulah moyang saya masih hidup, mesti dia terkejut tengok budak-budak sekarang dah tak bermain di dalam alur tapi duduk mengadap skrin yang boleh bercakap, berwarna dan bergerak. 

Saya berharap sangat mak-mak baru bersalin di luar sana, laluilah waktu berpantang ni dengan ilmu yang betul. Sains yang kita belajar dulu di sekolah dulu sebagai penunjuk jalan untuk memudahkan hidup kita. 

Saya bukan anti petua Melayu. Bukan liberal pun. Saya hanya mahu melihat generasi muda yang dah terdedah kepada sains dari usia 7 tahun di sekolah, memanfaatkan ilmu tu. Kemahiran berfikir aras tinggi yang dipupuk di sekolah tu, itulah gunanya. 

Bukan kita nak melawan mereka yang terdahulu dari kita, tapi kita kan dah lebih berilmu dari mereka, kerana tahap pendidikan kita yang lebih tinggi. Mereka menghantar kita ke sekolah untuk menjadi manusia berilmu dan berguna dan bukannya masih berpegang pada mitos tak berasas.

Rusyainie Ramli. 

Wednesday, 20 May 2020

"Spread the love through breastfeeding"

"Bayi saya menyusu kurang dari 10 minit. Dia dapat cukup susu tak?"

"Bayi saya menyusu lama sangat kadang-kadang sampai 1 jam. Susu saya sikit ke?"

Dua situasi berbeza kerisauan ibu-ibu menyusu tentang berapa lama bayi mereka menyusu. 

Ada yang menyusu dalam satu sesi yang pendek, malah ada juga yang menyusu dalam satu sesi yang panjang.

Secara puratanya, bayi akan menyusu selama 15 - 45 minit dalam satu sesi penyusuan. Tetapi perlu diingat, tiada masa yang tetap untuk berapa lama bayi perlu menyusu.

'Don't watch the clock, watch the baby'. Offer bayi menyusu satu bahagian payudara pada satu masa. Dan offer payudara yang lagi sebelah pada sesi penyusuan yang seterusnya.

Bayi yang baru lahir kebiasaannya akan menyusu 8 - 12 kali dalam satu hari. Peka pada 'feeding cues' bayi. Bukannya melihat jam.

Antara 'feeding cues' adalah bayi akan:
- stretching
- rooting
- sucking
- crying (late cues)

Sesetengah bayi sangat efisyen menyusu dan boleh kenyang dalam masa kurang dari 10 minit dalam satu sesi penyusuan. Manakala, ada pula sesetengah bayi yang lain memerlukan tempoh yang lebih lama untuk menyusu dan kenyang. Ini juga adalah kerana setiap bayi 'suckle' juga berbeza.

Antara tanda-tanda bayi sudah kenyang:
- lebih tenang
- melepaskan sendiri payudara
- tertidur selepas menyusu 
- apabila offer menyusu lagi, bayi akan menolak

Sila pantau diapers bayi (wet & dirty); kencing & berak bayi serta kenaikan berat badan bayi. Sehingga umur 6 bulan, kebiasaannya wet diapers adalah dalam 5 - 6 keping sehari. Manakala untuk dirty diapers pula adalah dalam 1 - 2 keping sehari. Malahan ada yang kurang dari itu kerana bayi yang menyusu ibu ada yang jarang berak sampai berhari-hari. 

Ada masanya juga, bayi akan menyusu lebih lama sekadar untuk 'comfort'.

Jika bayi anda terganggu atau mengantuk semasa menyusu, bawa bayi ke dalam bilik yang gelap untuk menyusu supaya jauh dari gangguan.

Tetapi sekiranya ada kerisauan tentang berat badan bayi, wet & dirty diapers bayi anda, sila rujuk pada doktor.

Setiap bayi adalah unik. Kenali bayi anda. Jangan dibanding-bandingkan.

Syafawati Noorhafizah
Kaunselor Laktasi

"Spread the love through breastfeeding"

Saturday, 16 May 2020

Resepi Sambal Pantang Tanpa Minyak

Resepi Sambal Pantang

Bahan-bahan
Lengkuas
Halia
Kunyit hidup
Bawang putih
Bawang merah
Lada hitam
Serai
Ikan bilis 
*sukatan ikot anggaran masing2. 

Cara-cara memasak
1) Semua bahan-bahan di atas dikisar dalam food processor, kalau tiada food processor boleh tumbuk kasar atau blend tanpa air. 

2) Tukstur selepas dikisar.

3) Sangai atas kuali non stik. Tidak perlu letak minyak dengan api sederhana.


4) Teruskan sangai sehingga kering. Siap untuk dimakan dengan nasi panas semasa dalam pantang.

P/s : Jangan lupa untuk amalkan gaya permakanan sihat semasa dalam pantang. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran. Selamat berpantang

Wednesday, 4 December 2013

ACARA BALING TOPI PELIK ;)


Konvokesyen berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "convocation" yang membawa maksud sekumpulan orang yang di himpunkan untuk tujuan khas.  Di Malaysia kebiasaannya majlis konvokesyen diadakan untuk menganugerahi pelajar segulung ijazah sebagai tanda mereka telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti.  Antara kebaikan majlis konvokesyen adalah meningkatkan kesedaran dan motivasi dalam diri setiap pelajar yang masih bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini demikian kerana setiap kali majlis konvokesyen diadakan mahasiswa dapat sama-sama meraikan kejayaan senior mereka. Seterusnya, majlis konvokesyen dapat memajukan ekonomi negara dengan membuka peluang perniagaan sementara kepada peniaga luar mahupun mahasiswi dan mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti tersebut. Sifat ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan dan persaingan dalam diri individu. Selain itu, konvokesyen juga merupakan suatu majlis yang dapat mewujudkan rasa kasih sayang antara keluarga, rakan-rakan dan tenaga pelajar. Kasih sayang antara anak dan ibu bapa juga dapat dibuktikan apabila kelihatan ayah dan ibu memeluk cium bangga anak-anak mereka sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada si anak. Akhir kata, majlis konvokesyen harus diteruskan kerana perlaksanaan majlis ini banyak membawa impak positif walaupun kos untuk mengadakan majlis ini sangat tinggi. 


p/s: sekalung TAHNIAH buat rakan-rakan yang telah konvo! :)

Wednesday, 13 November 2013

cinta di hati saya

cinta?
rasa indah itu buat kita bahagia.
sangat bahagia.
mana letaknya cinta.
dalam hati manusia.
apa ukuran bagi cinta?.
setia jawabnya.
bukan bermain kata-kata.
itu pendapat saya.
anda bagaimana.?
dengan cinta buat kita rasa gembira.
sangat gembira umpama syurga.
buat kita lupa.
buat kita alpa.
yang menyakitkan tapi dialah juga penyembuh
yang menuntut untuk memberi,
bukan mendidik untuk meminta
yang membuatkan kita lengkap dan sempurna.

Cinta kepada Allah adalah penyembuh sebenarnya. bukan pada makhluk terutamanya yang bukan halal milik kita. Janji Allah itu pasti. Cinta kepada Allah itulah penyembuh, pelengkap dan sempurna. :)