NEWBIES! :)

ASSALAMUALAIKUM

Wednesday, 4 December 2013

ACARA BALING TOPI PELIK ;)


Konvokesyen berasal daripada perkataan bahasa Inggeris "convocation" yang membawa maksud sekumpulan orang yang di himpunkan untuk tujuan khas.  Di Malaysia kebiasaannya majlis konvokesyen diadakan untuk menganugerahi pelajar segulung ijazah sebagai tanda mereka telah berjaya menamatkan pengajian di peringkat universiti.  Antara kebaikan majlis konvokesyen adalah meningkatkan kesedaran dan motivasi dalam diri setiap pelajar yang masih bergelar mahasiswa dan mahasiswi. Hal ini demikian kerana setiap kali majlis konvokesyen diadakan mahasiswa dapat sama-sama meraikan kejayaan senior mereka. Seterusnya, majlis konvokesyen dapat memajukan ekonomi negara dengan membuka peluang perniagaan sementara kepada peniaga luar mahupun mahasiswi dan mahasiswa yang sedang melanjutkan pelajaran di universiti tersebut. Sifat ini bertujuan untuk menerapkan nilai-nilai keusahawanan dan persaingan dalam diri individu. Selain itu, konvokesyen juga merupakan suatu majlis yang dapat mewujudkan rasa kasih sayang antara keluarga, rakan-rakan dan tenaga pelajar. Kasih sayang antara anak dan ibu bapa juga dapat dibuktikan apabila kelihatan ayah dan ibu memeluk cium bangga anak-anak mereka sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang kepada si anak. Akhir kata, majlis konvokesyen harus diteruskan kerana perlaksanaan majlis ini banyak membawa impak positif walaupun kos untuk mengadakan majlis ini sangat tinggi. 


p/s: sekalung TAHNIAH buat rakan-rakan yang telah konvo! :)